Dari segi perubatan, susu ibu sudah terbukti sebagai makanan terbaik buat bayi yang baru lahir. Selain membantu tingkatkan antibodi badan, persentuhan skin-to-skin yang berlaku dengan tubuh seorang ibu juga mampu memberikan manfaat terbaik terhadap tumbesaran bayi.
Saya rasa awak isteri yang teruk & tak menghormati saya
Malangnya bagi seorang wanita ini, siapa sangka amalan breastfeeding malah mendapat tentangan hebat daripada suaminya sendiri. Selepas melahirkan anak mereka lebih awal dari due date, si suami menyatakan rasa tidak selesa tatkala melihat bayi lelaki tersebut menghisap susu badan isterinya. Bagi lelaki berkenaan, si isteri seperti tidak menghormatinya sebagai suami kerana ‘berkongsi’ badan dengan orang lain. Walhal, insan yang disusukan itu merupakan zuriat kandung mereka sendiri.
Artikel Berkaitan :
👉 Ibu Buat Persiapan Aqiqah, Geram Orang Lain 2X Breastfeeding Bayinya Tanpa Izin
👉 Isu Kak KM Breastfeeding Anak Tanpa Cover, Liza Hanim Beri Teguran Soal Adab
👉 Cucu Payah Hisap Susu Botol, Atuk Terpaksa ‘Menyamar’ Sebagai Ibu Breastfeeding
👉 Jawatan Kosong Penulis Di Kisah Dunia (RM2800)
👉 Ada banyak lagi di Whatsapp Channel!
Bayi tu berjantina lelaki & anak lelaki awak, di mata saya ia bagaikan ‘sumbang mahram’
Meskipun pemberian susu badan adalah perkara normal, si isteri terpaksa menyusukan bayinya secara sorok-sorok sebelum ia diketahui suaminya. Akibat merasa kesal, lelaki berkenaan berkeras mengatakan anak mereka lahir dengan cukup bulan dan tidak memerlukan susu badan secara direct.
“Budak tu bukan lahir pramatang, lahir cukup bulan. Tak perlu susu badan. Saiz badan dia lebih besar daripada saya masa saya lahir dahulu. Awak boleh je minta jururawat pamkan susu. Dah terbukti secara saintifik, susu badan bukan lebih baik daripada susu formula. Awak buat sesuatu di belakang saya, sesuatu yang buat saya tertekan. Takde beza dengan menipu”
Lepas awak sembuh & mampu cari rumah sendiri, sila pindah keluar
Meskipun sudah dijelaskan secara baik dan mencadangkan untuk duduk di bilik berasingan ketika sedang susukan anak, lelaki itu tetap marah kepada isterinya. Lebih mengarut lagi, dia mengambil keputusan drastik untuk bercerai dan wanita berkenaan diminta berpindah keluar dari rumah mereka setelah sembuh sepenuhnya kelak.
Sumber: Kisah Dunia
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply