5 Bulan Kenal Terus Kahwin..Pada Malam Pertama Baru Tahu Rupanya Isteri ‘Tiada Dara’

created by photogrid

Baru-baru ini, seorang Peguam Syarie Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli berkongsi kisah seorang lelaki menikahi wanita yang ‘tiada dara’.

Kahwini wanita tak ada dara

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian di Facebook, Fahmi memberitahu lelaki itu menceritakan kepadanya untuk mendapatkan pandangannya berhubung isu tersebut.

Difahamkan, lelaki terbabit dan isterinya berkenalan dalam tempoh yang singkat sebelum masing-masing bersetuju untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga.

Katanya, dia berkahwin dengan seorang wanita yang masih anak dara. Dia hanya kenal dalam 5 bulan sahaja sebelum bernikah. Itu pun selepas bertunang.

Namun lelaki itu akui tidak sangka bahawa isterinya itu ‘tiada dara’ sedangkan sebelum ini dia mengenali wanita itu seorang yang bujang dan belum berkahwin.

Jadi, selepas nikah, sewaktu ‘malam pertama’ dia mendapati isterinya tidak mempunyai dara. Dia agak terkejut dan gusar adakah tindakan dia berkahwin itu satu tindakan salah?

Pandangan fiqh & undang-undang

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, lelaki tersebut bertanya kepada Fahmi sama ada status isterinya itu adalah ‘anak dara’ atau ‘janda’.

Ibn Qudamah di dalam Kitab Al-Mughni menjelaskan status seorang gadis yang kehilangan dara berdasarkan sebab yang berbeza seperti berikut :

1. Jika selaput dara (hymen) gadis itu rosak kerana terjatuh atau kerana keluar aliran darah haid yang terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya, maka statusnya MASIH dara/gadis.

2. Jika gadis itu disetubuhi melalui duburnya, maka statusnya masih dara.

3. Jika hilang daranya kerana persetubuhan paksa atau disetubuhi ketika tidur atau wanita gila yang disetubuhi maka hukumnya sama seperi janda mengikut pandangan yang terkuat. Namun, ada yang menyatakan wanita itu masih dara.

Kalau wanita itu hilang dara kerana persetubuhan secara sedar? Bagi Imam Ahmad dan As-Syafie, gadis yang disetubuhi melalui farajnya sama ada persetubuhan itu halal atau haram, maka statusnya tetap dikira janda.

Lain pula dengan Imam Malik dan Abu Hanifah , gadis yang disetubuhi secara tidak halal, maka hukumnya masih dikira sebagai gadis. Imam Abu Hanifah memperincikan dengan syarat yang perzinaannya itu tidak diketahui umum.

Namun, ada pandangan yang paling rajih dan digunakan sebagai ijtihad ulama kini, yang menyatakan bahawa mana-mana gadis yang hilang dara kerana zina, masih dikira anak dara kerana persetubuhan yang berlaku bukan persetubuhan yang halal.

Sementara dalam undang-undang, Seksyen 2 (1) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008, anak dara itu ditafsirkan sebagai perempuan yang belum pernah bersetubuh sama ada sudah berkahwin atau belum.

Manakala janda pula dalam seksyen yang sama ditafsirkan sebagai perempuan yang telah bernikah dan telah diceraikan setelah bersetubuh.

‘Janda Berhias’ iaitu seorang perempuan yang telah bercerai sebelum dia bersetubuh dengan suaminya dalam tempoh perkahwinan. Hakim boleh benarkan dia untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki lain tanpa perlu bereddah. Statusnya masih lagi boleh dianggap dara.

Maksudnya, untuk membezakan antara dara dan janda di sisi undang-undang, ialah mereka yang telah berkahwin atau masih belum berkahwin.

Bagi wanita yang walaupun mungkin telah bersetubuh secara tidak sah sebelum berkahwin, mereka masih boleh dianggap sebagai anak dara. Bagi wanita yang telah berkahwin, namun tidak bersetubuh dan bercerai dengan suami sebelum bersetubuh, disebut sebagai janda berhias, juga masih boleh dianggap sebagai

Anak dara sekiranya hakim membenarkan dia berkahwin dengan mana-mana lelaki tanpa perlu bereddah. Hanya janda sahaja yang melalui fasa eddah. Bagi janda pula, mereka adalah wanita yang telah berkahwin secara sah di sisi undang-undang, dan kemudian telah bersetubuh dengan suami dan bercerai.

Wanita yang janda perlu dapat izin?

Bagi wanita yang sudah Janda, keizinan dirinya untuk berkahwin adalah perlu. Wali Mujbir tidak boleh mengahwini anak perempuannya yang janda tanpa mendapat persetujuan daripada tuan punya badan.

Tapi, bagi wanita yang masih dianggap sebagai anak dara, Wali Mujbir berhak untuk mengahwinkan anak perempuannya kepada mana-mana lelaki pilihannya tanpa perlu mendapat izin daripada Anak Dara tersebut meskipun mungkin wanita itu telah tiada daranya.

Sumber: OhBulan!

 

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*