PASANG surut dalam perkahwinan merupakan lumrah biasa.
Ibarat kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.
Ada kalanya pergaduhan yang tercetus dek perkara kecil boleh menjadi besar sehingga bermasam muka berhari-hari lamanya disebabkan tiada usaha daripada mana-mana pihak untuk memujuk atau memperbaiki keadaan.
Situasi yang sama dikongsikan seorang wanita ini mengenai perselisihan faham antara dia dengan suami yang bertitik tolak daripada isu kecil.
“Punca sebab dia pergi makan dekat kedai dengan kawan dia, dia tak tapau pun untuk saya dengan anak. Sedangkan dekat rumah saya dah beli mi goreng dekat dia siap simpan lagi untuk dia makan.
“Sebab dia pergi tengok bapa dia, adik-beradik dia semua sleepover dekat rumah abang dia.
“Sekali apabila kita call, dia kata dah tengok bapa dia, sekarang dia tengah makan dekat kedai dengan kawan-kawan. Wahhh sakitnya hati saya,” luahnya dalam satu laman grup di Facebook.
Perselisihan faham adalah lumrah bagi setiap perkahwinan, namun perlulah ditangani dengan baik. -Gambar hiasan
Tambah wanita tersebut, belum pun rasa sakit hatinya pulih, pergaduhan bersama suaminya berterusan gara-gara lelaki berkenaan mahu keluar melepak bersama rakan-rakan.
“Dulu saya tak marah dia lepak, sekarang saya marah sebab dia lepak sambil makan tapi kami dekat rumah ni dia tak belikan makan.
“Lepas tu saya cakaplah… okay nak lepak makan dekat luar, bagi sini RM10. Saya nak pergi makan dengan anak. Bermula daripada sini dia dah berangin, lepas tu dia terus campak kad bank gaji dia dekat saya.
“Dia kata… nak duit sangat, ambil ni semua duit. Lepas ni semua benda kau urus. Asal nak keluar je, ungkit pasal duit’“, kongsinya lagi mengimbas pergaduhan mulut antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpati jiran pakai lampin masa haid, si suami kedekut anggap ‘pad’ bukan nafkah! Jerkah anak, bini makan lebih 2 kali sehari
ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu dilayan macam bayi, kedekut pula! Isteri nak cerai, tak tertanggung beban jadi kuli rumah tangga
Menafikan mahu mengongkong pergerakan mahupun perbelanjaan suaminya, wanita tersebut berkata dia hanya terkilan kerana lelaki tersebut seolah-olah mementingkan rakan-rakan berbanding keluarga sendiri.
“Saya kata daripada lepak tu lebih baik pergi kerja part time. Masuklah jugak duit. Saya selalu bagi ayat ni time dia nak keluar.
“Ya betul, memang saya ungkit pasal duit. Duit lauk, duit rumah, duit pengasuh, duit minyak kereta, duit baju anak ni semua saya top-up.Kadang-kadang lebih daripada separuh gaji saya.
“Sudahlah lauk dekat rumah tak beli, tapi makan-makan dekat kedai dengan kawan boleh pula,” ceritanya.
Tertekan la suami tu awak layan macam tu. Mata awak ni macam nampak duit je.
NETIZEN
Tambah wanita berkenaan, dia cuba beralah apabila memulangkan kembali kad bank kepada suaminya, namun lelaki berkenaan tetap berkeras enggan mengambilnya kembali.
“Dia nak saya yang pegang kad tu dengan alasan tak ada lah saya nak ungkit pasal duit kalau dia nak lepak… sedangkan sama je saya rasa. Duit dia dalam bank tetap tak bertambah.
“Ya tahu kenapa saya pilih untuk bertahan, bukan kerana anak, tapi kerana duit. Kalau suami tak ada, semua perbelanjaan saya kena tanggung seorang. Sekarang suami bayarkan guna duit gaji dia, lagi separuh saya tambah.
“Cuma itulah agak sedih. Hargailah bini yang sanggup keluar duit gaji dia ni nak cukupkan keperluan rumah daripada kawan yang cuma ada ketika senang je,” tulis wanita tersebut mengakhiri luahannya.
Antara komen yang dilontarkan netizen.
Menjengah ruangan komen, ratusan reaksi disuarakan warga maya namun rata-ratanya menasihatkan supaya wanita berkenaan bertolak ansur dan tidak membesarkan isu yang remeh.
“Sebenarnya awak yang yang problem. Apa yang awak nak sebenarnya? Mungkin kurang perhatian sebab tu jiwa memberontak.
“Biarlah suami nak bersosial. Kadang-kadang letih kerja ni… perlu juga sembang-sembang dengan kawan. Think positif je puan. Doa yang baik-baik. Insya-Allah bahagia hidup puan sekeluarga.
“Tertekan la suami tu awak layan macam tu. Mata awak ni macam nampak duit je. Last sekali awak sendiri mengaku stay dengan laki sebab duit je,” demikian antara komen netizen.
Sumber: Mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply