GOLONGAN profesional sering dipandang tinggi masyarakat kerana kerjaya mereka.
Gaji bulanan juga bukan biasa-biasa dengan anggaran pendapatan mencecah lima angka dalam pasti genggaman.
Bagi seorang jurutera, statusnya sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata bukan penghalang untuk melakukan kerja-kerja rumah.
Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan
Sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga, tanggungjawabnya terhadap keluarga tidak pernah diabaikan tetapi mengakui terkilan dengan sikap isterinya.
“Jadual aku bangun pagi, aku akan siapkan anak aku pergi sekolah. Balik kerja, aku akan kemas rumah, basuh baju, uruskan anak semua aku buat.
“Baju, tudung, seluar dalam anak bini pun aku yang cuci, sidai dan lipat. Bini aku balik kerja, dia hanya ‘me time‘. Hujung minggu pun ‘me time‘,” katanya.
Menerusi satu luahan di Facebook, apa yang dikesalkannya adalah si isteri tidak mempedulikan anak-anak yang kelaparan di rumah.
“Anak-anak lapar pun dia sambil lewa. Akhirnya aku yang order makanan bagi anak aku makan. Masak? Biasanya order luar je, ataupun aku masak sendiri.
“Kadang-kadang aku penat aku tahan lapar je, esok baru aku makan. Sakit aku? Pandai-pandailah jaga diri sendiri.
“Aku pernah minta tolong masa aku tak sihat tapi dihempas-hempas badan aku, dia tak ikhlas,” ujarnya kecewa.
Lelaki tertekan dengan isu rumah tangganya. -Gambar hiasan
Bukan sekadar itu, nafkah batinnya juga diabaikan isteri sehingga terpaksa ‘puasa’ setahun dengan alasan ‘penat’.
Menurut suami berkenaan, dia bukan tidak pernah mengajak isterinya untuk berbincang tetapi jawapannya pasti mengecewakan.
“Dah banyak kali aku bincang sampai aku pernah mengemis, menangis depan dia tapi tak ada perubahan. Bawa jumpa doktor pun normal, doktor kata dia tak ada masalah.
Biarlah nampak aku bahagia dalam duka.
SUAMI
“Aku layan dia baik, aku tak nak dia penat, tak nak dia stres. Aku bekerja sebagai jurutera, bini aku bekerja di ofis.
“Nak kata penat, aku lagi penat sebab kerja construction hari-hari kene hentam (marah) kat tempat kerja. Balik rumah, nak hadap kerja-kerja di rumah lagi,” katanya.
Konflik dalam rumah tangga disebabkan tiada persefahaman. -Gambar hiasan
Isu yang berlarutan membuatkan dirinya tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang bahagia seperti keluarga lain.
Namun, dia bersyukur kerana mempunyai kewarasan untuk tidak melakukan perkara yang melampaui batas dek terpengaruh bisikan syaitan seperti bunuh diri.
“Cari bahagia lain? Mesti aku akan dikecam menjadi suami paling zalim dan jahat kerana melukakan hati isteri kan?
“Jadi aku hadap nasib aku sampai akhir hayat. Janji orang lain tak terluka, anak-anak dan keluarga. Biarlah nampak aku bahagia dalam duka,” katanya lagi.
Sumber: Mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply