SUSPEK yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah seorang anggota polis yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sambil menambah suspek yang juga teman lelaki mangsa berkhidmat di Perak.
Suspek berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Slim River.
Terdahulu, mStar melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak, ditemukan petang Isnin dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Mayat mangsa ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada pukul 6 petang.
Susulan itu, polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun dan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply