Nur Farah Kartini satu satunya Anak perempun dari 7 beradik

Allahyarhamah, Nur Farah Kartini, 25, adalah anak bongsu dan seorang yang amat bertanggungjawab, kata kakak ipar Allahyarhamah, Nor Amidah Mohd Ali, 36, yang jelas terkejut dengan kejadian tragis yang menimpa mangsa.

“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya dan dia seorang yang sangat bertanggungjawab.

Menurutnya, kerana Allahyarhamah merupakan satu-satunya adik perempuan dan merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik justeru hubungan mereka kekal rapat walaupun dia sudah berpisah dengan abang mangsa.

Sementara itu,

KEHILANGAN seorang wanita sejak Rabu lalu terjawab selepas mayatnya ditemukan dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, dipercayai dibunuh pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan kira-kira jam 6 petang.

Hussein juga berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan sudah melakukan tangkapan berkaitan kes ini.

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi media.

Media sebelum ini melaporkan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak, hilang pada Rabu lalu, selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

sumber: Xtra_my

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*