Suspek berang Nur Farah Kartini ugut dedah hubungan sulit kepada isteri

Suspek berang Nur Farah Kartini ugut mahu mendedahkan hubungan sulit kepada isteri menjadi punca wanita berusia 25 tahun itu dibunuh kekasih, menurut sumber.

Memetik laporan Harian Metro, sumber berkata, konflik percintaan mereka berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya.

“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek,”kata sumber.

Suspek berang Nur Farah Kartini ugut

Sumber berkata, suspek yang telah berkahwin berang apabila mangsa memberi ugutan mahu memberitahu isterinya mengenai hubungan mereka.

“Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek yang juga penjawat awam adalah teman lelaki kepada mangsa.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa anggota polis lelaki yang berusia 26 tahun itu difahamkan bertugas di Perak.

Artikel lain: Suspek kes Farah Kartini seorang anggota polis, kini bertugas di Perak

Semalam, mayat Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hasil pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*