“Jangan Percaya, Jaga Akidah” – Wartawan Konon Rasa Ditiup Angin Selepas Jumpa Telefon Farah Kartini, Ini Kata Pendakwah

created by photogrid

Pendakwah dan penyampai radio, Tajdid Hadhari meminta agar orang ramai tidak mudah percaya dengan kejadian aneh yang berlaku selepas telefon bimbit Allahyarham Nur Farah Kartini dijumpa.

Jangan percaya hal tahyul

Tajdid memohon agar semua pihak untuk menjaga akidah dan tidak mudah percaya dengan hal-hal tahyul.

Jangan duk percaya bukan-bukan. Jaga akidah. Hormati roh arwah.

Pesanan itu ditinggalkan oleh Tajdid di ruangan komen pada sebuah berita yang berkaitan dengan arwah Nur Farah Kartini.

Doakan buat arwah

Dalam pada masa yang sama, pendakwah itu meminta orang ramai untuk mendoakan agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sebelum ini, seorang pengamal media memberitahu berlakunya kejadian aneh sewaktu penemuan telefon bimbit arwah Nur Farah Kartini di parit sekitar ladang kelapa sawit, di mana beberapa pengamal media yang berada di situ rasa satu tiupan angin sedangkan sebelum itu suasana ladang sawit itu tidak berangin.

Sumber: keramat viral

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*