Imbasan Fakta Kes Zulfarhan Osman

Pada 23 Julai 2024, enam tertuduh utama
bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman
mati.
Berikut merupakan imbasan fakta-fakta kes:-

  1. Ada 90 kesan tekapan seterika pada badan arwah. Seluruh badan arwah cedera, hanya muka dan telapak tangan tidak tercedera.
  2. Arwah diseksa dua malam.Berturut-turut. Malam pertama dipukul disepak diterajang.Malam kedua diseterika.Kejadian kedua terhenti ketika azan Subuh kedengaran.
  3. Setelah teruk dipukul, arwah ‘dijaga rapi’ di sebuah bilik. Berselimut seluruh badan. Susah bergerak.
  4. Ketika guna khidmat perubatan Islam untuk cari pencuri laptop, ada 3 nama dapat ‘di scan’ oleh SP13 (Hi Abdullah) iaitu ayah kepada T18. Nama Zulfarhan, Naim dan Izzat Amir.Kenapa Zulfarhan yang menjadi mangsa korban?
  5. Walaupun kejadian dilapor pada warden, surat layang ditulis atas kertas A4 dan diselitkan pada pintu pagar, ia langsung tidak dipedulikan.
  6. Warden awalnya maklumkan, dia akan pergi check bilik kejadian pada  selepas Zuhur. Tiba pada waktunya, tiada kelibat warden.
  7. Zulfarhan dibawa keluar dari bilik dan dibawa ke klinik swasta oleh tertuduh; setelah mereka nampak keadaan arwah makin teruk.
  8. Tertuduh menipu doktor klinik swasta berkenaan mengenai punca arwah cedera dan memaklumkan arwah terkena bom ketika latihan.
  9. Ketika dibawa naik grab ke klinik untuk dirawat, pemandu grab (SP21) nampak layanan teruk tertuduh pada arwah.Pemandu grab yang angkatkan arwah dari kerusi roda, masuk ke dalam kereta. Tertuduh menolak kerusi roda terkena kaki arwah.Tertuduh senyum apabila ditegur.
  10. 23/7/2024 Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, sekali gus mengenepikan hukuman penjara 18 tahun terhadap tertuduh.

sumber: @kamarul14/BuletinTV3

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*