Ini suatu jenayah kejam yang jarang di temui

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata, perbuatan sebegit paling jarang ditemui daripada kes yang pernah berlaku membabitkan jenayah kekejaman yang amat berbahaya kepada masyarakat dan ia harus dihentikan.

Perbuatan Orang Kena Tuduh (OKT) satu hingga lima menekap seterika di seluruh badan Zulfarhan termasuk di kemaluan menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemansuiaan dan tiada rasa belas kasihan.

Selepas diseksa, semua OKT menyembunyikan Zulfarhan bagi mengelak perbuatan jenayah mereka diketahui pihak atasan.

Maka dengan itu mahkamah sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman sahaja yang wajar dijatuhkan terhadap enam tertuduh iaitu hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah juga membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menaikkan hukuman kepada penjara empat tahun dan menolak rayuan 12 lagi bekas penuntut UPNM untuk meringankan hukuman terhadap mereka.
Sumber: Harian Metro

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*