Zubir Khan seiras Zulfarhan?
Pun begitu, hantaran terbaharu oleh penyanyi lagu popular ‘Oh My Kadhale’, Zubir Khan di TikTok telah dibanjiri dengan komen netizen yang mengatakan wajahnya seiras dengan arwah Zulfarhan.
Dalam video tersebut, Zubir dilihat berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur sambil mengenakan pakaian tradisional masyarakat India.
Sumber: tiktok
Netizen berpendapat wajah Zubir nampak sama seperti Allahyarham Zulfarhan Osman ketika senyum, jadi, ramai antara mereka juga memberikan cadangan supaya penyanyi itu menziarahi keluarga arwah.
Sedikit sebanyak mungkin juga boleh mengubat rindu kedua-dua ibu bapa arwah Zulfarhan.
Selama ni aku asyik tengok Zubir ni senyuman dia macam pernah nampak, rupanya macam arwah Zulfarhan. – netizen
Zubir minta info keluarga arwah
Disebabkan itu, penyanyi berkenaan telah berbesar hati mahu berjumpa dengan keluarga arwah dan dia telah meninggalkan komen sekiranya ada sesiapa yang boleh berkongsi info keluarga arwah kepadanya.
Hai semua, boleh tak nak dapatkan info keluarga Zulfarhan? – Zubir
Nanti update kalau pergi jumpa keluarga arwah tau. Mesti ibu bapa dia rindu bang.. – netizen
Pada Selasa lepas (23 Julai 2024), enam tertuduh yang menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan Osman telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah membunuh arwah.
Sumber: TikTok
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply