“Keluarga pesalah tak minta maaf, walhal berlaga bahu di mahkamah” – Bapa Zulfarhan

Bapa kepada Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros mendedahkan ibu bapa atau keluarga pesalah tidak pernah berjumpa dengannya untuk memohon maaf berhubung kejadian yang menimpa arwah anaknya, tujuh tahun lalu.

Menerusi temu bual bersama radio era.je, Zulkarnian berkata hanya seorang Orang Kena Tuduh (OKT) yang terlepas daripada kes tersebut datang memohon maaf terhadap apa yang terjadi.

Apa yang lebih menyedihkan, tiada sebarang kata maaf yang diterima daripada keluarga pesalah sama ada secara bersemuka atau panggilan telefon dan mesej.

Keluarga pesalah

Keluarga pesalah

Artikel lain: SUHAKAM bantah hukuman buat 6 pesalah kes Zulfarhan

“Sebenarnya tiada seorang pun, seramai 19 orang pelaku tu tiada kecuali OKT yang bebas ketika keputusan di Mahkamah Tinggi yang mana tidak perlu bela diri ada minta maaf.
“Mak ayah pesalah memang tak ada datang minta maaf. Selama tujuh tahun di Mahkamah Tinggi sampailah Mahkamah Rayuan ni, bertembung. Kadang-kadang sampai berlaga bahu sebab ruang mahkamah kan kecil,” ujarnya kecewa.

Sebelum ini, Zulkarnian berlapang dada untuk memaafkan kesemua tertuduh yang sudah membuli serta mendera anaknya sehingga menyebabkan kematian tragis.

Keluarga pesalah

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mereka yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Sumber: Instagram @era.je

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*