Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia akibat komplikasi kanser paru-paru

SELEPAS dua bulan disahkan menghidap kanser paru-paru, pelakon Kamal Bakar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi, Selasa.

Berita pemergian Allahyarham berkenaan disahkan oleh anaknya yang juga pelakon Muhammad Hanis Kamaruldzaman.

Hanis memaklumkan bapanya meninggal dunia di Hospital Besar Melaka akibat komplikasi kanser dihidapi Allahyarham.

2762576

Anak-anak sentiasa kongsi keadaan terkini Kamal semasa dirawat di hospital.

“Ayah saya sudah meninggal dunia pukul 1 pagi tadi,” katanya ringkas kepada mStar.

Kamal menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun.

Sementara itu, Hanis memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, Hanis memaklumkan bapanya dalam keadaan nazak dan keluarga diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sebelum itu pada 17 Jun lalu, Kamal sudah berada dalam keadaan separuh sedar selepas dua minggu ditidurkan akibat komplikasi kanser dan kekurangan oksigen.

Malah aktor itu sudah mula menggerakkan anggota badan dan disebabkan itu tangannya terpaksa diikat bagi mengelakkan aktor itu bertindak mencabut wajar mesin bantuan pernafasan.

kamal 1

Kamal bersama isteri dan anak-anaknya.

Allahyarham disahkan menghidap kanser sejak April lalu sebelum dikejarkan ke hospital pada 3 Jun lalu selepas keluarga bimbang dengan perubahan sikap ditunjukkan aktor berkenaan.

Kamal ketika itu enggan bercakap dengan sesiapa namun tidak menunjukkan dia sedang sakit.

Sumber: Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*