Keluarga Zayn Rayyan bertemu semula

Netizen sebak lihat keluarga Zayn Rayyan bertemu semula selepas ibu bapa, nenek dan datuk dibebaskan dengan ikat jamin, hari ini.

Mana tidaknya, setelah hampir dua minggu berpisah, akhirnya kesemua ahli keluarga kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayyan Rayyan Abdul Matiin akhirnya dapat bertemu.

Keluarga Zayn Rayyan bertemu semula

Dalam video tular berdurasi 13 saat, dilihat ibu bapa Zayn Rayyan berpelukan dengan datuk dan nenek selepas mereka dibenarkan bebas.

Detik bermakna itu direkod dan dikongsikan oleh ahli keluarga terdekat ketika mereka bertemu di hadapan rumah selepas datuk dan nenek dibenarkan pulang dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna TikTok @fara_mozafna, dia sekeluarga meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mereka disatukan semula selepas melalui ujian hebat, baru-baru ini.

Dapat dilihat ibu kepada Zaim Ikhwan,  memeluk erat menantunya Ismanira dengan penuh rasa kasih sayang.

“Alhamdulillah, Allah sebaik-sebaik perancang,”tulisnya ringkas.

Akhirnya Mateen dapat peluk mummy daddy puas2

Sebelum ini, ahli keluarga memanjatkan kesyukuran apabila ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan dan Ismanira dibebaskan.

Ia secara tidak langsung memberikan sinar bahagia buat adik bongsu kepada arwah Zayn Rayyan iaitu Mateen untuk bertemu mereka setelah sekian lama menanggung rindu.

Alhamdulillah..

Meninjau di ruangan ramai, orang ramai turut sebak melihat momen hiba keluarga berkenaan. Mereka berdoa semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan.

Sumber: TikTok @fara_mozafna

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*